TERKINI : Maxis Bhd. Sedia Untuk Beri Perkhidmatan Rangkaian 5G – CEO Maxis

PUTRAJAYA – Maxis Bhd. telah bersedia untuk memberikan perkhidmatan rangkaian 5G kepada pelanggan-pelanggannya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Gokhan Ogut, syarikat telekomunikasi itu akan melancarkan perkhidmatan 5G-nya sebaik sahaja spektrum rangkaian teknologi terbaharu itu tersedia oleh kerajaan.

Mengikut perancangan kerajaan, rangkaian 5G boleh dinikmati oleh rakyat Malaysia bermula pada separuh kedua tahun depan.