Tangkap layar permohonan Datuk Seri Salleh Said Keruak menyertai PKR.

KUALA LUMPUR – Tidak sampai beberapa jam selepas bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak menafikan khabar angin beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), tersebar pula tangkap layar status permohonannya untuk bersama parti itu.

Tangkapan layar itu menunjukkan nama Md Salleh Md Said lengkap nombor kad pengenalan dan status permohonan ‘lulus’ untuk cabang PKR Kota Belud, Sabah dengan nombor keahlian S0300008562.

Beberapa jam lalu, bekas bendahari UMNO Malaysia itu menafikan khabar angin yang mengatakan beliau menyertai PKR.

Portal dan laman blog petang tadi melaporkan bekas Ketua Menteri Sabah itu menyertai PKR tanpa pengetahuan atau persetujuan kepimpinan PKR Sabah, menurut pegawai negeri.

Ketua Cabang Semporna Mohd Amin Abdul Mem berkata, Salleh kini menjadi ahli bahagian Kota Belud dan keahliannya mengejutkan pemimpin negeri. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast