Amalan menjaga kebersihan rumah dan tempat sekeliling menjadi sebati kehidupan harian rakyat Jepun. Foto BBC

TOKYO – Salah satu perkara paling utama pelancong ke Jepun boleh melihat adalah betapa bersihnya negara ini jika dipandang di mana-mana sudut.

Tukang bersih atau tukang sapu jalan agak sukar ditemui di tepi jalan seperti di kebanyakan negara lain.

Apa rahsia di sebalik kisah kebersihan di Jepun ini?

Penulis Travel BBC, Steve John Powell dan Angeles Marin Cabello merungkai rahsia di sebalik amalan yang dilaksanakan Jepun.

Para pelajar duduk di meja masing masing dan menunggu loceng sekolah untuk pulang ke rumah selepas tujuh sesi kelas berdurasi 50 minit setiap kelas.

Mereka dengan sabar mendengar beberapa pengumuman guru kelas tentang jadual esok.

Orang Jepun komited dan sensitif dalam memastikan negara dan persekitaran rumah bersih mengelak imej dan reputasi diri dan negara dipandang rendah di mata dunia.Foto BBC

Seperti rutin harian, kata-kata akhir guru: “Ok wahai pelajar semua jadual pembersihan hari ini, barisan satu dan dua akan membersihkan bilik darjah manakala barisan ketiga dan keempat koridor dan tangga sekolah dan barisan kelima akan membersihkan tandas” sebelum keluhan muncul dari pada murid-murid barisan kelima itu.

Tetapi kanak-kanak itu bangun dan merebut mangkuk, kain dan baldi dari almari penyapu di belakang bilik darjah dan bergerak ke tandas untuk memulakan kerja pembersihan dan senario ini berlaku di sekolah seluruh negara itu.

Kebanyakan pengunjung kali pertama ke Jepun akan tersentak dengan tahap kebersihan negara matahari terbit ini, apatah lagi tiada tong sampah dan penyapu di tempat awam.

Keadaan ini menimbulkan persoalan bagaimana Jepun kekal bersih.

Jawapan mudah adalah penghuni di Jepun sendiri memastikan rumah mereka bersih.

Dari alam persekolahan selama 12 tahun, waktu membersih adalah sebahagian daripada rutin harian pelajar Jepun, kata Penolong Pengarah Pejabat Kerajaan Tokyo di Hiroshima.

“Dalam kehidupan harian di rumah, ibu bapa juga mengajar kami menjaga kebersihan di sekeliling termasuk kesedaran sosial semasa kokurikulum sekolah yang membantu kanak-kanak memupuk kesedaran kebersihan.

Siapa yang sanggup mengotorkan sekolah-sekolah yang mereka bersihkan sendiri setiap hari.

“Saya kadang kadang tidak mahu membersihkan sekolah namun saya terima hakikat itu kerana ia sebahagian rutin kehidupan kita dan saya rasa cuci sekolah ada sangat baik kerana kami diajar untuk menjaga kebersihan diri dan sekeliling kita,” kata seorang penterjemah bebas, Chika Hayashi.

Apabila tiba di sekolah, murid-murid membuka kasut dan menyimpan di rak kasut yang disediakan manakala di rumah mereka meninggalkan kasut di luar rumah, begitu juga dengan orang yang datang menziarahi ke rumah akan tanggalkan kasut di luar kediaman.

Beberapa contoh kebersihan Jepun yang ekstrem menjadi viral di media sosial seperti ritual pembersihan kereta api Jepun Shinkansen selama tujuh minit menjadi tarikan pelancong di Jepun.

Murid-murid sekolah disemai sejar awal bangku sekolah dalam tugas membersihkan sekolah dan persekitaran sekeliling sebagai satu tugas kesukarelawanan komuniti bagi menjaga kebersihan diri dan negara sentiasa suci dan maruah dipelihara.- Foto BBC.

Malah penyokong bola sepak Jepun sendiri mementingkan kebersihan dan ini dapat dilihat semasa penganjuran Piala Dunia Brazil 2014 dan Rusia 2018, pasukan Jepun mengutip sampah di stadium selepas perlawanan.

Malah, pemain Jepun meninggalkan bilik persalinan dalam keadaan bersih tanpa sebarang sampah dan ia pernah dipuji Penyelaras Besar FIFA, Priscilla Janssens dalam Twitternya.

Setiap warga Jepun sangat sensitif dan peka mengenai maruah, imej dan reputasi negara di mata luar dan mereka tidak sanggup dinilai pihak luar sebagai warga negara yang pengotor kerana tidak tahu menjaga kebersihan negara sendiri.

Senario sama dilihat semasa Pesta Muzik Jepun di Fuji, yang mana pengunjung simpan sisa sampah bersama mereka sehingga menjumpai tong sampah.

Begitu juga perokok diarahkan membawa bersama bekas abu rokok untuk mengelak puntong rokok dibuang merata-rata.

Dalam satu lagi senario, sekitar 8 pagi setiap hari, pekerja-pekerja pejabat dan kedai akan membersihkan kaki lima dan jalan di hadapan tempat bekerja masing-masing sebagai tanggungjawab sivik.

Kanak-kanak pula menjadi sukarelawan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan komuniti seperti mengutip sampah di jalan- jalan berhampiran sekolah.

Di satu peringkat, warga Jepun juga tidak merenyukkan wang kertas, sebaliknya melipatnya dengan kemas. Pekerja hotel, pekedai dan pemandu teksi juga tidak memberi wang pada tangan seseorang tetapi diletakkan di dalam dulang khas.

Kerja-kerja membersih dan memasak dianggap sebagai satu latihan spiritual atau keagamaan oleh rakyat Jepun dalam kehidupan harian yang wajib dilaksanakan.

Namun wujud persoalan kenapa negara lain yang mengamalkan agama Buddha tidak menjaga kebersihan seperti Jepun.

Jawapannya zaman dahulu sebelum kehadiran Buddhism, Jepun sudah mempunyai agama asli tersendiri iaitu Shinto yang bermaksud Perjalanan Tuhan (the way of god) yang menyebut, kebersihan terkandung dalam hati Shinto dan di sebelah barat kebersihan dianggap setaraf ketuhanan.

Konsep utama Shinto adalah Kegare atau ketidaksucian atau kotor bertentangan dengan kesucian dan ritual kebersihan, wajib disingkirkan kerana ia membawa keburukan kepada masyarakat.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast