Andy Murray

SHANGHAI – Andy Murray meneruskan kebangkitan dalam pusingan pertama acara perseorangan Tenis selepas selesa menang ke atas pemain Argentina Juan Ignacio Londero dalam Tenis Terbuka Shanghai Masters semalam.

Jaguh Britain yang tewas set pertama kembali menang pada setu kedua dan ketiga, 2-6 6-2 6-3.

“Walaupun kalah set pertama, saya memulakan aksi dengan penuh keyakinan dan berjaya mengumpul mata untuk mara ke pusingan kedua,” katanya.

Juara bertahan tahun 2010, 2011 dan 2016 itu bergelut pada set pembukaan kepada pemain Argentina yang berkedudukan 56 rangking dunia.

Pemenang Grand Slam sebanyak tiga kali itu bangkit dalam set kedua seperti yang dijangkakan.

Murray yang kini menduduki rangking ke-289 dunia akan berdepan pemain nombor 12 dunia dari Itali, Fabio Fognini pada pusingan kedua.

Fabio dalam pusingan pertama menewaskan bintang Amerika Syarikat, Sam Querrey. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast