Charles Santiago. foto NOOREEZA HASHIM, 14 OGOS 2019.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen DAP, Charles Santiago terkejut dengan penangkapan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi siasatan berkaitan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Sri Lanka.

Malah menurut Ahli Parlimen Klang itu, beliau turut mempersoalkan motif penangkapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek yang juga ahli Exco Negeri Melaka, G. Saminathan dan ADUN Seremban Jaya, P. Gunasekaren, hari ini.

“Sebenarnya saya agak terkejut dengan penangkapan itu, kerana LTTE sudah tidak berfungsi selama beberapa tahun, setahu saya tidak ada usaha untuk menghidupkan LTTE semula di peringkat antarabangsa, jadi saya tidak pasti apa motif di sebalik penangkapan mereka,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Malah Charles turut berkata, penangkapan itu membazirkan duit rakyat dan masa pihak berkuasa.

“Ini tindakan tidak wajar, ia membazirkan wang rakyat, dan jika rangkaiannya kuat di Malaysia, penerimaannya akan berbeza,” katanya lagi.

Kedua-dua wakil rakyat itu ditahan oleh pegawai Bukit Aman pagi ini bersama pemimpin NGO India dari Perak.

Saminathan dikatakan ditahan di pejabat Exco Perpaduan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.