Menteri Kewangan, Yb Lim Guan Eng membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 11 OKTOBER 2019

KUALA LUMPUR – Skim Bantuan Sara Hidup (BSH) mendapat peruntukan RM5 bilion dalam Belanjawan 2020.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan juga meluaskan skim tersebut kepada 1.1 juta individu bujang berumur melebihi 40 tahun yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan.

Sebagai tambahan, Orang Kurang Upaya berumur 18 tahun dan ke atas dengan pendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan juga layak menerima bayaran BSH.

Individu bujang berumur 40 tahun ke atas dan OKU layak menerima sebanyak RM300 dan secara automatik menjadi penerima Skim Takaful MySalam secara percuma. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast