logo 1MDB
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah menerima hampir RM920 juta daripada aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikembalikan setakat 30 Jun 2019.

Dana itu telah digunakan untuk memenuhi obligasi hutang 1MDB.

Kerajaan juga sedang berusaha untuk memperoleh semula sebahagian daripada aset yang berkaitan 1MDB tetapi proses ini mengambil masa kerana sebahagian aset kini berada di luar negara seperti Singapura, Switzerland dan Amerika Syarikat dan tertakluk kepada keperluan perundangan dan rundingan. – MalaysiaGazette