KUALA LUMPUR – Penyanyi, Kaka Azraff selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.7kg sekitar jam 2.14 petang Jumaat.
Perkara itu dikongsikan oleh pengalun lagu ‘Sibuk’ dan ‘Diamonds’ itu.
“Telah selamat lahir ke dunia pada ketika hujan di hari Jumaat. 11 Oktober. Terima Kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan kaka dan baby sepanjang tempoh kehamilan ini,” tulisnya di Instagram.
Bukan sekarang, namun Kaka berjanji akan berkongsi saat indah menimang cahaya mata mereka kelak.
Peminat, rakan selebriti dan keluarga turut mengucapkan tahniah kepada Kaka dan suami.
Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff, 30, dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember tahun lalu.-MalaysiaGazette