Vladimir Putin.

DUBAI – Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata, inventori minyak global perlu dikurangkan ke “paras munasabah.”

Selain itu, beliau turut berpendapat serangan ke atas kapal tangki Teluk dan loji minyak Arab Saudi akan mengukuhkan lagi kerjasama di antara OPEC, Rusia dan pengeluar-pengeluar minyak yang lain.

Dalam lawatan pertamanya ke Arab Saudi dalam tempoh lebih sedekad, Putin berkata, Rusia akan bekerjasama dengan negara tersebut dan rakan-rakannya yang lain untuk “mengurangkan cubaan untuk mengoyahkan pasaran minyak”.

Beliau yang ditemubual oleh stesen televisyen kerajaan Saudi, Al-Arabiya turut menyifatkan negaranya mempunyai hubungan peribadi yang sangat mesra dengan Putera Mahkota, Mohammed bin Salman.

Tambah beliau, Rusia sedang mengkaji pelaburan baharu di Arab Saudi.

Syarikat Rusia, Sibur Holdings sedang mengkaji untuk membina kompleks petrokimia di Arab Saudi dengan pelaburan bernilai lebih AS$1 bilion, katanya.- MalaysiaGazette