PUTRAJAYA – Kereta terbang yang dikatakan akan dilancarkan kepada umum awal Oktober ini kini mengalami sedikit kelewatan, kata Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof hari ini.
Kata beliau, sebenarnya pihaknya tidak mempunyai tempoh masa spesifik bila agaknya kereta terbang itu akan diperkenalkan memandangkan ia diusahakan oleh pihak swasta sepenuhnya dengan dana sendiri.