Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

PUTRAJAYA – Sebanyak 19 jenis barangan telah disenaraikan dalam Skim Kawalan Harga Maksimum Barang sempena Musim Perayaan Deepavali pada 27 Oktober ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, pelaksanaan skim itu berkuatkuasa selama 14 hari iaitu tujuh hari sebelum perayaan, sehari pada hari Deepavali dan enam hari selepas Deepavali.

Ia berbeza berbanding 10 hari pelaksanaannya pada tahun sebelum ini.

Kata Saifuddin, pelaksanaan akan bermula 20 Oktober sehingga 2 November ini dibawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Kementerian telah mengenal pasti sebanyak 19 jenis barangan untuk ditentukan harga maksimum bagi pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2019 berganding 16 jenis barangan sebelum ini.

“Pertambahan barangan kali ini melibatkan cili kering, kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing) dan bendi.

“Di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2019, ayam hidup, ayam standard dan ayam super masing- masing akan dijual dengan harga runcit RM5.80, RM7.30 dan RM8.10 sekilogram,” katanya hari ini.

Dalam perkembangan sama, seperti tahun-tahun sebelum ini, harga kelapa sekali lagi dikawal di peringkat borong sahaja dengan RM1.90 sebiji di Semenanjung Malaysia manakala kelapa parut pula ditetapkan pada harga runcit sahaja RM7.20 sekilogram.

Bagi daging kambing tempatan bertulang sekilogram ditetapkan harga borong (RM44) dan runcit maksimum RM47 manakala daging kambing import bertulang dan daging biri-biri import bertulang pula ditetapkan kawalan skim harga borong maksimum RM20 sekilogram dan harga runcit RM25 sekilogram.

Katanya, penentuan harga maksimum pengeluar, borong dan runcit dibuat mengikut kewajaran dan kesesuaian bagi penguatkuasaan kawalan harga yang lebih berkesan untuk memastikan harga yang berpatutan bagi manfaat pengguna dan peniaga.

“Sehubungan itu harga maksimum diperingkat pengeluaran (ladang) bagi ayam hidup dan telur ayam.

Senarai harga 19 barangan harga terkawal Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2019 yang berkuatkuasa selama 14 hari bermula 20 Oktober hingga 2 November 2019.Sumber:KPDNHEP Putrajaya.

“Harga maksimum pengeluar, borong dan runcit ditentukan di 91 buah daerah di Semenanjung, 32 buah daerah di Sarawak, 27 buah daerah di Sabah dan sebuah daerah di Wilayah Persekutuan Labuan.

“KPDNHEP menentukan harga maksimum pengeluar, borong dan runcit berdasarkan maklumat harga hasil pemantauan di semua daerah seluruh negara sepanjang tahun 2018 dan pada Januari hingga Oktober 2019 berdasarkan pungutan harga secara mingguan,” ujarnya.

Justeru kata Saifuddin, pandangan pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan iaitu Jabatan Pertanian Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan selain perbincangan dengan pengeluar, pengimport, pembekal dan pemborong barangan diambilkira.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu juga menjelaskan penentuan harga barangan negeri negeri dibuat mengikut kesesuaian harga pasaran semasa dan faktor perubahan harga khususnya barangan import dipengaruhi harga negara asal dan perubahan kadar mata wang.

“Adalah diingatkan mana mana peniaga yang didapati melakukan kesalahan, tindakan tegas akan menyusul atas kegagalan memathui peraturan-peraturan bawah akta berkaitan.

“Peniaga yang dikesan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum akan didenda maksimum RM100,000 di mahkamah atau dipenjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya atau kompaun sehingga RM50,000 manakala untuk kegagalan letak tanda harga merah jambu boleh didenda Rm10,000 atau kompaun maksimum RM5,000.

“Manakala syarikat boleh didenda sehingga RM500,000 atau kompaun sehingga RM250,000 jika menjual melebihi harga maksimum dan denda sehingga RM20,000 atau kompaun RM10,000 jika tidak mempamerkan tanda harga merah jambu,” tegasnya.

Disamping itu katanya pegawai penguat kuasa KPDNHEP akan memantau harga barangan keperluan asas setiap masa di seluruh negara sementara Friends of KPDNHEP akan bergerak sebagai mata dan telinga menyebarkan maklumat harga barang kawalan termasuk melibatkan penghulu dan penggawa.

Orang ramai juga disediakan pelbagai medium menyalurkan aduan berhubung kenaikan harga barang atau penipuan peniaga sepanjang musim Deepavali.

Portal [email protected] call centre 1800 886 800, emel:[email protected], aplikasi Ez ADU, enforcement command centre (ECC) 03-8882 6245, whtsapp 019279 4317 atau lapor secara terus hadir ke mana-mana 73 pejabat KPDNHEP seluruh negara.-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.