KUALA LUMPUR – Kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat goyah dan tidak mendapat sokongan kuat dalam Pakatan Harapan untuk menjadi Perdana Menteri kelapan.
Oleh demikian Presiden PKR itu mengaitkan Ahli Parlimen Sembrong cuba menghalangnya menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tambah Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, tidak masuk akal menuduhnya menjadi dalang memandangkan beliau tidak lagi memegang jawatan penting dalam UMNO yang kini merupakan parti pembangkang.
“Siapalah saya ini, saya tidak ada pegang apa-apa jawatan dalam parti kami pun, jadi nak mempengaruhi parti kita untuk sekat Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri saya rasa tak masuk akal.
“Parti kita ini, parti pembangkang apa kena mengena dengan kedudukan Perdana Menteri?
“Jadi kenapa dia fokus kepada kita dalam BN dan UMNO melainkan kalau dia rasa nak jadi Perdana Menteri, dia perlukan sokongan BN dan UMNO. Kalau dia perlukan sokongan daripada kita saya nak tanya dia tak yakinkah dengan sokongan daripada partinya sendiri?” soalnya ketika ditemui di lobi Parlimen.
Anwar semasa berucap dalam Dewan Rakyat semalam dilaporkan mengaitkan usaha pihak tertentu menghalangnya dengan menyentuh pembabitan Hishammuddin.
Hishamuddin walaubagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Anwar kerana membuktikannya dirinya masih relevan dan berpengaruh dengan ‘memetik’ namanya.
“Mensasarkan saya secara lansung, secara peribadi saya ucapkan terima kasih maknanya Sembrong masih lagi relevan,” katanya lagi.-MalaysiaGazette