Mazlan Lazim

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat kes graduan Universiti Malaya (UM) yang melanggar protokol istiadat konvokesyen baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, siasatan akan dilakukan di bawah Seksyen 501 Kanun Keseksaan.

Polis juga, katanya telah menerima laporan daripada pegawai keselamatan UM berhubung perkara yang sama pada 15 Oktober lalu berhubung kelakuan Wong Yan Ke.

Sehubungan itu, pihaknya tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan yang tegas mengikut peruntukan undang-undang sedia ada terhadap sesiapa yang menganggu kententeraman awam.

Ia termasuk mereka yang mencetuskan kemarahan membabitkan isu sentif seperti perkauman dan agama.- MalaysiaGazette