Buku Harapan yang mengandungi 10 janji 100 hari, 60 janji 5 tahun.
Buku Harapan yang mengandungi 10 janji 100 hari, 60 janji 5 tahun

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan diramal akan merangka manifesto yang ‘lagi cantik’ pada Pilihan Raya Umum Ke-15 dalam usaha untuk terus meraih sokongan dan mendapat undi rakyat.

Bagaimanapun, Datuk Johari Abdul Ghani secara sinikal meminta rakyat Malaysia agar jangan sudah terhantuk baru terngadah kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

“Kepada rakyat, saya cuma hendak beritahu satu sahaja, kena ingat peribahasa orang Melayu, dengar guruh di langit, air tempayan jangan dibuang.

“Jangan dengar manifesto yang cantik-cantik. Manifesto PRU15 lagi cantik mereka akan buat.

“Apabila hendak mengundi PRU15 fikir itu sahaja. Jangan pakai emosi, jangan pakai sentimen,” kata bekas Menteri Kewangan Kedua itu dalam program Nothing To Hide yang membincangkan pembentangan Belanjawan 2020.

Menurut beliau, memilih kerajaan untuk menjaga rakyat hanya berlaku lima tahun sekali sahaja.

“Tetapi kalau kerajaan belum jaga (rakyat) sudah tipu…berat,” ujarnya penuh makna.

Beliau turut menasihatkan Kerajaan Pakatan Harapan yang berjaya memegang tampuk pentadbiran kerajaan selepas menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional pada pilihan raya umum lalu supaya buang ‘topi politik’.

Sebab tugas kerajaan adalah mentadbir negara dan menjaga kepentingan 32 juta penduduk dari segala bentuk termasuk bisnes. sosial, agama, ketelusan, pentadbiran dan penguatkuasaan,

“Tapi kalau jadi kerajaan cerita politik banyak, tak berani buat keputusan untuk negara, itu susahlah,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.