TERKINI : Menteri, Ahli Parlimen Pakatan Bubar Parlimen “Dewan Tak Cukup Korum” – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) diminta membubarkan sahaja Parlimen bagi memberi laluan kepada wakil rakyat yang berminat untuk menjalankan tugas-tugas dengan baik.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Ismail Sabri Yaakob selepas mendapati wakil-wakil rakyat Pakatan Harapan tidak berminat untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Pada petang ini, kurang 26 orang yang hadir bagi mendengar sesi perbahasan Belanjawan 2020.

Tegas beliau, semua Ahli Parlimen terutama Menteri dan Timbalan Menteri sepatutnya mengambil bahagian dan mendengar perbahasan daripada kedua-dua belah pihak mengenai Belanjawan 2020 kerana ia penting untuk negara dan rakyat.