KUALA LUMPUR – Widad Group Berhad (WGB) telah memeterai perjanjian utama untuk menguasai 90 peratus ekuiti di dalam Serendah Heights Sdn Bhd (SHSB) pada harga RM95.89 juta.

Dalam notis kepada Bursa Malaysia hari ini, HOA dengan para pemegang saham SHSB, iaitu Prihatin Ehsan Holdings Sdn Bhd dan Trainig Camp Aabata Sdn Bhd bagi cadangan pemilikan agregat kepentingan ekuiti sebanyak 90 peratus atau 4.5 juta saham biasa SHSB.

Cadangan pemilikan itu dijangka selesai pada suku pertama tahu 2020.

“SHSB memegang dan memiliki 100 peratus saham di dalam YBK Usahasama Sdn Bhd, yang mana telah memasuki di dalam perjanjian konsesi dengan Kerajaan Malaysia dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 4 Mei 201 bagi membangun fasiliti dan infrastruktur dan menjalankan kerja-kera penyelenggaraan untuk kampus UiTM Jasin Melaka.

“Ketika ini tempoh konsesi YBKU masih berbaki 14 tahun sehingga tahun 2034 yang bernilai RM861.1 juta,” kata WGB di sini hari ini.

WGB berkata, cadangan pengambilalihan tersebut dilakukan selaras dengan aktiviti teras WGB yang berkecimpung di dalam pengurusan fasiliti bersepadu dan pembinaan.

“Penguasaan ke atas SHSB dan seterusnya menjadikan YBKU yang memiliki untuk projek di UiTM langkah strategik kami mengukuhkan tempahan buku kami dari RM910 juta kepada RM1.8 bilion selepas penguasaan ini,” katanya,

WGB telah berkecimpung di dalam perniagaan ini lebih dari 20 tahun dan projek utama ialah memberi perkhidmatan kepada Istana Negara dan JB Sentral.

Kesempatan bagi membangun dan memberi perkhidmatan untuk kampus UiTM Jasin Melaka merupakan peluang WGB  mengembangkan perkhidmatannya di dalam industri pendidikan.

WGB adalah syarikat pelaburan yang aktif dalam perniagaan sejak tahun 90-an lagi dalam pelbagai sektor seperti pembinaan dan pengurusan fasiliti.

Ia juga merupakan antara lapan syarikat kontraktor Bumiputera dan antara 16 syarikat kontraktor terbaik di Malaysia.

Antara projek yang terkenal di bawah kendalian WGB ialah menyediakan perkhidmatan kepada Istana Negara dan stesen keretapi Johor Bahru Sentral. – MalaysiaGazette