Sebahagian peserta yang hadir mengibarkan jalur gemilang pada Kongres Maruah Melayu di Stadium Tertutup Malawati Shah Alam, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 06 OKTOBER 2019

SEMAKIN hari semakin kuat orang Melayu dan Islam diasak.

Atas nama kebebasan bersuara, ‘musuh’ orang Melayu dan Islam begitu bebas dan dengan biadap mempertikaikan akan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan Islam walaupun dengan jelas termaktub dalam perlembagaan negara.

Kongres Maruah Melayu(KMM) adalah contoh terkini di mana ‘musuh’ orang Melayu terus ‘membuli’ bangsa Melayu iaitu pribumi di tanah ini.

Berselindung di sebalik nama hak kebebasan bersuara, ‘musuh’ orang Melayu ini terus-terusan ‘memijak dan menghina’ orang Melayu.

Dengan kata lain, mereka bebas untuk bercakap apa sahaja tetapi tidak buat orang Melayu. Jika orang Melayu membalas maka mereka dianggap rasis atau pelampau Melayu.

Kebiadapan seorang pelajar dalam satu majlis rasmi dan penuh istiadat adalah satu contoh yang amat memalukan. Ia memanifestasi kegagalan sistem nilai negara ini.

Jelas sekali sistem pendidikan, kekeluargaan, dan politik negara ini telah gagal menjadi medium untuk membina perpaduan dan peradaban di negara ini.

Berbalik kepada KMM, apakah salah untuk institusi pengajian tinggi awam menganjur kongres sedemikian?

Jika ‘musuh’ orang Melayu tidak terlalu taksub dengan politik kebencian dan politik membuli kerana kini ‘mempunyai kuasa’, pastinya mereka dapat melihat kebaikan KMM.

Salahkah cendekiawan, pemimpin dan orang Melayu serta institusi pengajian tinggi awam berpadu untuk menyedarkan bangsanya agar bersatu dalam mengembalikan maruah bangsa dan agamanya.

Siasatlah rekod perkhidmatan cendekiawan Melayu atau institusi pengajian tinggi awam yang terlibat akan tahap rasis mereka kepada bangsa lain.

Telah berjuta graduan bukan Melayu dan berpuluh ribu daripada mereka mendapat ijazah kelas pertama dikeluarkan oleh universiti-universiti awam yang majoriti tenaga pengajar dan pentadbirannya adalah orang Melayu.

Jika ahli akademik dan pentadbir Melayu ini rasis seperti dituduh, pasti majoriti orang bukan Melayu telah gagal dalam pengajian apatah lagi untuk mendapat ijazah kelas pertama.

Jadi mengapa orang bukan Melayu begitu takut untuk melihat orang Melayu bersatu?

Jika benar mereka takut, maka jelaslah bahawa mereka memang kelompok warga Malaysia paling ‘bodoh’, ‘hodoh’ dan ‘tidak jujur’ dalam konsep perkongsian kuasa dalam membina dan memajukan negara ini.

Belajarlah dari sejarah iaitu belum pernah orang Melayu ‘membantai’ orang bukan Melayu ketika mereka berkuasa.

Orang bukan Melayu ini bukan sahaja tidak pernah ‘dibantai’ tetapi dilindungi hingga boleh hidup kaya-raya atau paling tidak hidup dengan aman.

Ini adalah kerana sikap sayang tanahair itu tinggi dalam kalangan orang Melayu di mana mereka sanggup menjadi tentera dan polis demi menjaga keselamatan dan keamanan negara.

Keselamatan dan keamanan itulah yang membolehkan bangsa lain berusaha mengejar cita-cita diri dan keluarga hatta bangsa mereka dalam segala aspek contohnya ekonomi dan politik.

Namun belum pasti lagi bangsa lain itu tidak akan ‘membantai’ orang Melayu bila mereka ‘benar-benar’ berkuasa.

Jika dilihat daripada kebiadapan mereka hari ini, tidak mustahil orang Melayu akan ‘dipijak’ apabila mereka berkuasa sepenuhnya.

Dengan kata lain, tidakkah bangsa lain itu sedar bahawa kerana kebersatuan dan kebaikan hati orang Melayulah yang membolehkan mereka turut dibawa bersama dalam menuntut kemerdekaan negara ini.

Andai jika orang Melayu terus berpecah-pecah dahulu, mungkin fajar kemerdekaan masih belum terbit lagi hingga ke hari ini.

Sedarlah bahawa bangsa lain itu mungkin tidak mempunyai tempat langsung dalam negara ini jika kemerdekaan negara ini diperoleh melalui pertumpahan darah yang diketuai oleh ultra Melayu terhadap British.

Jadi hentikanlah kebiadapan melampau terhadap orang Melayu. Hentikan ilusi bahawa Malaysia ini boleh dikuasai oleh minoriti apatah lagi minoriti yang bersikap biadap lagi sombong.

Ingat dan hormati semangat bapa-bapa pengasas negara ini. Jangan lupa sejarah kerana lupa sejarah boleh membawa kepada lupa diri.

Ingat, bahawasanya orang Melayu itu bukan tiada cerdik pandainya, bukan tiada pendekarnya, bukan tiada tentera bangsa dan agamanya dan bukan telah hilang maruah dan agamanya.

Jadi jangan sesekali diasak orang Melayu itu hingga rapat ke dinding, kelak menyesal merasa ‘kerasnya pukulan’ balas mereka.

Jangan kerana ekonomi kalian kuasai dan kini politik bagai hampir pasti, kalian boleh buat sesuka hati.

Ingat, akan muncul satu kekuatan, keberanian dan kesanggupan luar biasa bagi mereka yang diasak, dan ditekan dari setiap penjuru.

Buat pemimpin bangsa Melayu, bersatulah. Kembalilah kepada al Quran dan sunnah. Jadikan diri kalian penyatu umat Melayu dan Islam di samping memastikan bangsa lain boleh hidup aman sejahtera di bumi Malaysia ini.

Jangan kalian teruskan percaturan politik gila kuasa sesama kalian hingga akhirnya bangsa Melayu, agama Islam dan negara ini berantakan dan musnah.

Kepada pemimpin bangsa lain, hentikan cita-cita mahu menguasai negara ini dengan meminggirkan, menindas dan bersikap biadap kepada golongan majoriti iaitu orang Melayu.

Jangan kalian persenda agama Islam, raja-raja Melayu dan hak-hak keistimewaan orang Melayu.

Buat pemimpin Melayu yang korup dan telah merosakkan nama baik bangsa Melayu, berundurlah dari kepimpinan parti politik orang Melayu.

Begitu juga pemimpin parti politik bangsa lain hatta parti berbilang bangsa yang terkenal dengan sikap rasis dan melampau. Undurlah diri secara sukarela. Kalian semua adalah liabiliti dan sudah tidak relevan lagi.

Beri peluang kepada barisan kepimpinan baharu meneraju negara ini. Masih ramai lagi orang Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak yang berwawasan, bijak, adil, boleh bertoleransi dan mampu memimpin negara ini.

Sesungguhnya ramai orang Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak yang cintakan dan rindukan keamanan dan keharmonian Malaysia yang ‘semalam’. Bahagianya hidup di masa lalu yang berteraskan kepada sikap hormat menghormati.

Sengsaranya hidup hari ini jika semua perkara dilihat dari lensa bangsa yang mana ada bangsa yang terus-terusan meniup sentimen Melayu fobia.

Bangun dan bangkitlah rakyat Malaysia. Bersama kita membina Malaysia yang hidup dengan harmoni, hormat menghormati dan kasih sayang. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Bersatu bangsa ku..nescaya kamu bersatu, demi anak cucu kita, bagsa kita, tanah air kita, agama kita, raja2 kita ..ay7h bangkit kita bersatu..membina bangsa mlysia yg kuat..kuat tidak mudah di robohkan dek kerana kerakusan kuasa bangsa yg gilakn kuasa sperti dap laknatullah..

  2. Kalau melayu nak bermaruah tolonglah hapuskan sekolah vernacular yg jelas memecahbelahkan perpaduan kaum skrg ini…
    Melayu dah muak dgn toleransi melampau pimpinan melayu yg terlalu beralah dgn desakan pimpinan politik bukan melayu…
    Sampai bila melayu nak beralah?…

Comments are closed.