Datuk Norashikin Abdul Ghani.

KUALA LUMPUR – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Lim Kit Siang tidak wajar campur tangan dalam urusan pentadbiran Universiti Malaya (UM) kerana institusi pendidikan perlu sentiasa bebas daripada mana-mana campur tangan politik.

Itu pendapat Presiden Srikandi Malaysia, datuk Norashikin Abdul Ghani.

“Malah sebagaimana yang difahami orang awam, mana-mana universiti diselia oleh Kementerian Pendidikan dengan memiliki kuasa autonomi dalam mengurus tadbir perjalanan universiti.

“Malah Syed Saddiq Menteri Belia dan Sukan) dan Kit Siang (Penasihat DAP) dilihat tidak senada dengan pendirian Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menegaskan kerajaan tidak campur tangan sebarang keputusan oleh UM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas tindakan Syed Saddiq dan Kit Siang yang didakwa mempertahankan graduan UM yang membuat provokasi semasa majlis konvokesyen UM baru-baru ini.

Justeru, menurut Norashikin, pihaknya menggesa tindakan tarik balik ijazah terhadap pelajar terbabit, Wong Yan Ke dibuat sebagai diberi pengajaran kerana melakukan perbuatan sengaja menjatuhkan maruah Naib Canselor UM.

Malah, Naib Canselor dan UM tidak perlu menarik balik laporan polis malah sebaliknya mereka boleh memfailkan saman malu dan fitnah yang dilemparkan.

“Jika tidak diberi pengajaran setimpal, kemungkinan besar ia membuka ruang kepada pelajar lain untuk bertindak berani melakukan protes di mana-mana sahaja malah lebih menakutkan sekiranya mereka berani mengambil tindakan sehingga mencederakan orang awam,” katanya lagi.

Syed Saddiq sepatutnya menegur nilai yang dibawa belia hari ini yang membelakangkan lima rukun negara khususnya kesopanan dan kesusilaan, di mana adab sopan, budaya hormat menghormati semakin terhapus kerana ia aspek penting dalam menggerakkan belia negara ini di landasan yang betul bukan menjadikan mereka golongan terkebelakang.

“Jika gejala ini tidak diberi langkah pencegahan dan tauladan, apakah nilai belia yang diharapkan oleh Syed Saddiq? Segulung ijazah tidak bernilai jika yang terlahir darinya adalah insan yang sudah ditanam kebencian, dihasut oleh parti politik tertentu sehingga bertindak di luar batasan dan nilai murni,” tegasnya.

Kebebasan bersuara bukan alasan menjatuhkan maruah penganjur di majlis yang rasmi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Syabas Dato Nurasyikin. Satu pandangan yang tepat !! UM tidak seharusnya menarik balik laporan polis terhadap bukan sahaja biadap, malahan pelaku dajal seperti mana ulasan Dato Professor Teo dari UKM. Saya amat setuju sekali syor Dato tindakan susulan saman malu dan fitnah difailkan di mahkamah kerana dakwaan biadap di satu majlis rasmi kemuncak UM di hadapan kenamaan dan ibu bapa yang hadir meraikan kejayaan graduan/anak yang gemilang dan membanggakan. Rosak susu sebelanga kerana nila setitik. Pengajaran setimpal harus dikenakan tanpa gentar.
    Ini cabaran yang kritikal kepada Senate UM, demi maruah dan integriti UM, malahan cabaran lebih besar lagi kepada organisasi Kongres Maruah Melayu yang baru tamat, kerana pelaku mempertikaikan rumusan-rumusan kongres. Jangan sekadar ” cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar”.

Comments are closed.