KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak bersedia mempromosikan ‘Inisiatif Jalur Dan Jalan’ di sekolah yang akan mempengaruhi generasi muda, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jelas Perdana Menteri, adalah tidak wajar mempromosikannya tanpa memberi penerangan kepada rakyat bagaimana idea dan dasar China itu boleh memberikan manfaat kepada negara secara keseluruhan.
Meskipin menyokong idea tersebut namun beliau tidak mahu Malaysia dilihat dipengaruhi oleh negara lain, terutama dalam sistem persekolahan.
“Buat masa ini kita tidak mahu promosi idea dan polisi China tetapi kita mahu lihat manfaat melaluinya.
“Bagaimana kita tidak mahu dilihat dipengaruhi oleh barat dalam strategi negara dan sekolah, begitu juga negara, kita tidak mahu pengaruh anak muda,” katanya dalam sesi soal jawab selepas merasmikan Persidangan ISIS PRAXIS Conference 2019.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penularan komik kontreversi baru-baru ini.
Pada Sabtu, Pejabat Perdana Menteri menerusi kenyataan berkata, Dr. Mahathir tidak terlibat dalam penerbitan komik ‘Inisiatif Jalur Dan Jalan – Meraih Manfaat Bersama’ atau mengetahui isi kandungannya.
Komik itu diterbitkan pada April 2019 oleh Muzium Kebudayaan Komik Asia di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), atas kerjasama kolektif antara kurator, Dr Hew Kuan Yau dan artis komik tempatan, Ching Po Ling.
Kementerian Pendidikan juga dilaporkan tidak pernah mengeluarkan kebenaran untuk pengedaran buku komik kontroversi itu kepada institusi pendidikan termasuk sekolah.
Bagaimanapun, seramai 43 pemimpin akar umbi, termasuk beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP membantah pengumuman Dr Maszlee yang melarang pengedaran komik berkenaan di sekolah. – MalaysiaGazette
Kenapa mesti kena SEDIA? Tak perlu pun kan? Ini Malaysia!