Matt Hancock. foto Agensi

LONDON – Menteri Kesihatan Britain berkata, tidak ada sebab yang baik untuk menangguhkan keputusan Britain keluar dari Kesatuan Eropah.

Matt Hancock berkata, Britain perlu keluar daripada blok itu seperti yang dijadualkan pada 31 Oktober ini.

Hancock juga berkata, jabatannya bersedia untuk kemungkinan tidak ada perjanjian Brexit dan mempunyai rancangan untuk menyediakan lebih daripada 12,000 ubat-ubatan sekiranya Britain meninggalkan EU tanpa persetujuan.

“Mengapa kita perlu menangguhkannya? Tidak ada alasan yang baik untuk menangguhkan.

“Kami akan meninggalkan Kesatuan Eropah pada 31 Oktober, saya yakin itu,” kata Hancock memberitahu ITV.