Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap semasa sesi sidang media semasa hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI 22, OKTOBER 2019

KUALA LUMPUR – Sesiapa sahaja boleh mengkritik kerajaan sekiranya melakukan perkara tidak betul, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri  berkata, rakyat mempunyai hak untuk mengkritik kerajaan termasuklah media yang selalu mengkritik PH.

“Kalau kita buat tak betul, hentamlah. Selain daripada media semuanya hentam kerajaan takkan nak hentam parti lawan. Mereka tidak buat apa, hentam sahaja,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Mahathir berkata demikian menjawab pertanyaan media mengenai catatan terbaharu penasihat media dan komunikasinya sendiri, Datuk A.Kadir Jasin di Facebook beliau, semalam.

A Kadir berkata masa menasihat sudah tamat selepas 17 bulan Pakatan Harapan memerinah negara.

Jelasnya, kini sudah tiba masa untuk melakukan apa sahaja perkara sesuka hati.

“17 bulan sudah berlalu. Masa menasihat sudah tamat. Sekarang hantam sajalah,” kata A. Kadir di Facebook.

Jelas Mahathir lagi, A. Kadir berhak untuk mengkritik kerajaan sama seperti rakyat di luar sana.

Malah katanya, PH juga sering di kritik di Dewan Rakyat.

“Dia boleh hentam kerajaan, dalam Parlimen pun ada yang hentam kerajaan juga,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Hentam saja labu. Kerajaan buat salah kita rakyat ni hentam saja lah. Biar kerajaan buat kerja demi rakyat

  2. Sebab TUN mahu tahu kekurangan mana yang perlu di perbaiki…sebab itulah Tun berkata hentamlah “kerajaan yang memerintah” dan itu adalah tanda-tanda “baik” untuk mengesan kepincangan pentadbiran kerajaan dan segera di perbaiki.,rumusannya menjelang PRU 15 sebarang kepincangan jentera kerajaan telah berada dalam kedudukkan siap sedia untuk PERANGPRU.

    • Itu yg byk U turn….tapi org KULIT TEBAL ni …ego bongkak sombong….dia ingat mcm dia mrintah 22 thn dulu…..semua boleh sorok…skrg zmn digital …berita tersebar pantas…

  3. Selepas satu tahun PH Memerintah bermacam permasalahan berlaku. Rakyat telah berlaku adil dengan memberi PH 12 bulan untuk buat yang terbaik tetapi bukan baik yang menjelma.
    5 bulan kebelakangan ini PH telah menunjukkan sikap yang tidak mesra rakyat selain dari memberi alasan yang tidak munasabah.
    Budget 2019 tidak terlaksana bagaimana budget 2020 mau membawa Malaysia kehadapan.
    Janji manifesto tidak terlaksana
    Budget 2019 juga tidak terlaksana sepenuhnya
    Budget 2020 Adakah tinggal helaian kertas juga akhirnya…
    Rakyat sudah letih menunggu
    Kerajaan PH masih ditahap BN yang salah NajibRosmah punya angkara dan China USA Euro dan India punya pasal.
    Bila PH mau memikul tanggungjawab
    Rakyat memerhati dan merasai susahnya

Comments are closed.