Bekas Timbalan Presiden Pas, Datuk Dr. Nasharudin Mat Isa (kanan) bersama peguamnnya, Mat Yunus Shariff (kiri) ketika hadir bagi menghadapi pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 22 OKTOBER 2019.

SHAH ALAM – Bekas Timbalan Presiden Pas, Datuk Dr. Nasharuddin Mat Isa yakin mahkamah medium terbaik untuk membersihkan namanya daripada dakwaan menerima rasuah.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguambelanya, Mat Yunus Sharif.

Nasharuddin hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan menerima rasuah RM3.9 juta.

Kata Mat Yunus, anak guamnya bersedia memberi kerjasama sepenuhnya dengan mahkamah bagi tujuan itu.

“Anak guam saya bukan sahaja bersedia melaporkan diri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika diminta beliau akan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya untuk membersihkan namanya daripada pelbagai tanggapan di luar sana,” katanya di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Terdahulu Nasharudin mengaku tidak bersalah atas 33 pertuduhan yang dibacakan kepadanya pagi tadi.

Selain tiga pertuduhan di bawah Akta Pengubahan Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) selebihnya adalah di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan kertas pertuduhan 1 hingga 16, 18 6, 12, 17 dan 21 Antara April 2015 hingga September 2016 Nasharuddin selagu Pengerusi Yayasan Nassar melakukan pecah amanah menyalaguanakan harta tersebut membayar RM539,640 kepada syarikat Knowledge Vision Sdn Bhd untuk pembelian lot rumah kedai.

Pertuduhan 2 hingga 4, 7 hingga 18 dan 20 hingga 23 beliau RM341,273.80 sebagai gaji pengerusi yayasan itu.

Pertuduhan 29 hingga 30 pula Nasharuddin sebagai Ketua Eksekutif Global Movement Moderation Foundation (GMMF) memberi Wasatiyah Centre for Peace Sdn Bhd RM2,600,000 bagi tujuan research grant.

Beliau turut didakwa menyalahgunakan kedudukannya sebagai pengerusi yayasan itu membuat bayaran RM50,014 kepada Tetuan J.M.Chong Vincent CHee & Cho bagi pembelian satu lot rumah kedai di Bandar Baru Bangi selain pada 13 Januari 2017 membayar RM30,000 kepada Shazali Company Bin Shauf untuk pembelian syarikat Haji Finance Company Limited.

Pada 22 Ogos 2015, beliau dituduh menggunakan harta yayasan itu RM51,000 untuk membayar katering perkahwinan anak lelakinya termasuk membayar membayar RM25, 756 yuran KDU University College Sdn Bhd pada 1 Febuari 2018.

Nasharudin seterusnya menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi Yayasan Nassar itu untuk menyalahgunakan harta dengan memberi anaknya Nusaibah sebanyak RM34,000 termasuklah memasukkan RM26,000 ke akaunnya setelah menunaikan cek bernilai RM100,000.

Untuk rekod, Global Movement Moderation Foundation (GMMF) diasaskan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2012 dan ditamatkan operasinya pada Julai 2018 atas arahan kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan.-MalaysiaGazette