Sebahagian peserta memegang kertas bantahan pada Himpunan Mempertahankan Naib Canselor Universiti Malaya (UM) anjuran GPMS di pintu masuk hadapan Universiti Malaya, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 18 OKTOBER 2019

JANGANĀ  kalian malukan dunia pendidikan. Cukuplah sekali kalian tunduk dengan desakan mereka. Sekali itupun cukup memalukan para pendidik khususnya orang Melayu.

Mengapa kalian bagai mahu terus berundur. Ketahuilah yang mereka tidak akan berhenti menggasak.Ingatlah, jangan kalian jadi cerdik diminda tapi bacul didada.

Selagi kalian berundur selagi itu mereka menggasak. Hentikan asakan mereka. Bangun dan bangkitlah kalian semua dari ‘tidur’. Sesungguhnya rumah kalian sedang dibakar.

Jika kalian tahu apa itu maruah, maka jangan biarkan diri kalian terus dibuli, dipijak dan dijarah. Bangkit walau yang berani di antara kalian boleh dikira dengan jari.

Jangan kalian jadi bodoh dengan memikirkan pangkat yang mungkin terancam bila bangkit mempertahankan maruah. Lebih baik jatuh tersungkur mahupun mati mempertahan maruah dari tegak berdiri tetapi muka terus diludah dan disumpah.

Bangkitlah jadi cendikiawan bangsa yang punya harga diri. Ingatlah, mereka bukan manusia yang tahu adab dan ada maruah. Mereka adalah syaitan yang berlagak suci, sedangkan hati penuh kebencian dan dendam yang tidak terperi.

Jangan kalian benarkan tuduhan mereka kepada pendidik khususnya para professor yang dikata sebagai kangkung hanya semata-mata kerana tidak senada dengan mereka. Jangan biarkan orang yang berpolitik bangsat terus menghina akademia. Sesungguhnya mereka lebih jijik dalam segala benda.

Kebiadapan pemimpin, pendukung dan kader mereka menghina diri kalian wajar menjadi pengajaran paling pahit buat kalian khususnya dan semua amnya.

Kebiadapan mereka adalah manifestasi akan betapa buruknya sikap mereka. Bertahun-tahun mereka yang tidak kurang bodohnya telah kalian ajar hingga menjadi terpelajar. Namun malangnya mereka rupanya masih kurang ajar.

Rata-rata pendidik Melayu tidak menganiaya anak muridnya walaupun berbeza bangsa dan agama. Bodoh pelajar itu mereka ajar, keliru dibimbing, bijak dirai tetapi masih ada yang tergamak pelajar itu menzahirkan jiwa celaka kepada gurunya.

Akhir kata beringatlah semua bahawa usaha-usaha jahat mereka untuk membunuh karektor kepimpinan universiti mungkin berterusan dan sedang melarat ke mana-mana. Kalau pemimpin terus leka, tunggulah giliran kalian pula dicaci dan dihina oleh mereka.

3 Komen

  1. Betul tu..klu berkaitan dgn dap..mmg celaka pun..dap ni pembawa sial kepd kedamaian negara mlysia..hancur dap laknatullah.

  2. Kita mulakan dgn penghapusan sekolah vernacular,
    Penyebab utama ketegangan kaum sekarang ini,
    BN-PAS kalau berkuasa selepas PRU15 jgn lagi
    Bertolak ansur ttg sekolah vernacular yg jelas amat
    tidak baik utk negara ini. UMNO jgn lagi berlagak suci
    dgn berbangga membenarkan sekolah vernacular di
    negara ini, rakyat dah muak dgn toleransi melampau
    UMNO kpd desakan DAP, MCA dan MIC…

Comments are closed.