LONDON – Selepas berdepan prestasi turun naik awal musim ini, Real Madrid mula memburu dua pemain muda, Jadon Sancho dan Erling Braut Haaland pada musim panas depan, lapor Daily Star.
Kedua-dua pemain itu sebelum ini dikaitkan dengan Manchester United sejak kebelakangan ini selepas menunjukkan prestasi cemerlang di kelab masing-masing.
Sancho yang merupakan pemain Borussia Dortmund kini menjadi salah seorang daripada pemain yang paling bernilai di Eropah selepas menampilkan aksi cemerlang dalam Bundesliga.
Sancho telah menjaringkan empat gol dalam 11 penampilan untuk Dortmund sehingga kini.
Bagi musim lalu, pemain berusia 19 tahun itu meraih 13 gol buat kelab Jerman tersebut.
Sementara itu, Haaland pula mencuri perhatian perhatian pada musim ini dengan Red Bull Salzburg, apabila menjaringkan 19 gol di kesemua 16 permainan.
Pemain berusia 19 tahun itu turut bermain dalam Bundesliga Austria dan Liga Juara-Juara. – MalaysiaGazette