LONDON – Pemain tengah Bayern Munich, Corentin Tolisso berdepan situasi getir apabila dipercayai mengalami serangan jantung ringan ketika sesi latihan kelmarin, lapor Mirror.UK.

Serangan itu berlaku secara tiba-tiba menyebabkan Tolisso, 25, berasa tidak selesa pada bahagian dada.

Pengurus pasukan, Niko Kovac kemudian menamatkan sesi latihan dengan segera.

Pemain itu diperiksa oleh doktor pasukan, Peter Ueblacker namun disahkan hanya mengalami pening dan kini keadaannya bertambah baik.

Tolisso merupakan pemain pengganti yang tidak diturunkan ketika pasukannya sekadar meraih seri 2-2 dalam perlawanan bersama Ausburg pada Sabtu lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast