Tony
Tony Fernandes

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes terus menyerang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) berhubung kesesakan di kaunter imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) selain Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) yang sama dikenakan kepada penumpang.

Bagaimanapun, serangan dilakukan agak berbeza dengan menunjukkan ruang imigresen yang luas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuaia Lumpur 1 (KLIA1)

“Seorang yang gembira dan sangat baik untuk membantu orang (penumpang) di KLIA1 di dewan imigresen yang besar di KLIA1

“Lihat ruangnya (KLIA1) berbanding klia2 dan pembantu dan Mavcom mahu mengenakan caj yang sama dan mahukan bukti.

“Ia membuat darah saya mendidih apabila saya terbang dari klia1,” katanya dalam akaun twitter beliau.

Sebelum ini, Mavcom menyatakan bahawa suruhanjaya itu tidak pernah menerima butiran dokumentasi harian yang diminta daripada AirAsia yang mana syarikat penerbangan tambang murah tersebut mendakwa ia mempunyai butiran kesesakan pada setiap hari di kaunter imigresen klia2.

Bagaimanapun, AirAsia Berhad berpendapat tiada keperluan untuk ssyarikat itu menyediakan butiran mengenai kesesakan di kaunter imigresen di klia2 kepada suruhanjaya tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Riad Asmat berkata, ini kerana selaku badan yang dibiayai oleh rakyat, adalah menjadi tanggungjawab suruhanjaya itu turun padang dan melakukan pemeriksaan serta siasat isu yang dibangkitkan.

Malah menurut Tony, papan tanda sistem berbaris dan keluasan lantai di klia1 juga lebih berkualiti.

“Dah Mavcom mahukan bukti?!!!!! Dan caj yang dikenakan sama dengan penumpang kami,” katanya.

Menurut Tony, perbezaan ketara antara Mavcom dan AirAsia ialah syarikat penrbangan itu mahu lapaangan terbang dan terminal penerbangan tambang murah mengurangkan kos bagi membolehkan lebih ramai orang menggunakan perkhidmatan udara.

Beliau mendakwa, mereka mahu manaikkan cukai lapangan terbang di KLIA dan tidak peduli untuk memahami model penerbangan tambang murah.

Berikutan itu, Tony menggesa Mavcom belajar daripada pengawal selia lain.

Menurutnya, tambag perjalanan dan cukai lapangan terbang yang rendah akan membolehkan semua orang, bukan hanya golongan kaya, terbang dan apa yang lebih penting membolehkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mengembangkan perniagaan. – MalaysiaGazette