Thomas Muller

LONDON – Manchester United dilaporkan telah membuat tawaran untuk penyerang Bayern Munich, Thomas Muller yang sudah hilang hati kerana tidak berpuas hati di kelab itu.

Pemain kebangsaan Jerman berusia 30 tahun itu sebelum ini meluahkan keinginan untuk meninggalkan Bayern Munich kerana jarang diturunkan di bawah pengurusan Niko Kovac.

Kovac menyifatkan Muller sebagai pemain ‘back up’ untuk pasukan pertama.

Sejak awal musim, Muller lebih banyak berada di bangku simpanan selepas kehadiran Philippe Coutinho secara pinjaman dari Barcelona.

Malah Muller juga kecewa dengan kenyataan presiden kelab, Uli Hoeness yang mendakwa dia bakal berdepan untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.

United telah lama memburu Muller di Old Trafford sejak di bawah pengurusan, Louis van Gaal.

Malah Muller dikatakan berminat dengan pemain juara Piala Dunia itu bagi menggantikan Alexis Sanchez.

Muller ketika ini memiliki kontrak bersama Bayern Munich sehingga 2021. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast