Pemain JDT, Safawi Rasid menjaringkan gol ketiga pasukan menewaskan penjaga gol Selangor, Khairulazhan Mohd Khalid pada perlawanan Separuh Akhir Piala Malaysia 2019 pusingan kedua antara pasukan Selangor menentang pasukan Johor Darul Ta'Zim di Stadium Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 26 OKTOBER 2019

KUALA LUMPUR – Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dan pasukan Kedah akan bertemu pada final Piala Malaysia 2019 pada 2 November ini.

Kedua- dua pasukan bakal berentap bagi menentukan siapa juara kali ini selepas masing-masing mengalahkan pasukan Selangor dan Pahang malam tadi pada pertemuan separuh akhir di Stadium Bukit Jalil.

Pemain JDT, Safawi Rasid meraikan jaringan ketiga pasukan pada perlawanan Separuh Akhir Piala Malaysia 2019 pusingan kedua antara pasukan Selangor menentang pasukan Johor Darul Ta’Zim di Stadium Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 26 OKTOBER 2019

Pasukan Pahang seri 5-5 dengan pasukan Kedah namun pasukan negeri Jelapang Padi itu menang daripada segi jumlah gol keseluruhan.

Perlawanan sengit dan membawa kepada masa tambahan dan gol saat-saat akhir menyaksikan perlawanan itu bak aksi final yang mengujakan.

Bagaimanapun Tok Gajah kecewa di stadium sendiri.

Sementara itu di Stadium Shah Alam, pasukan Selangor tewas 3-0 di tangan JDT seperti diramalkan.

Kemenangan itu membolehkan JDT menempah tempat di final 2 November ini selain Kedah.- MalaysiaGazette