TERKINI : Beri Ruang dan Sokongan kepada Polis “Segerakan Suspek LTTE ke Mahkamah” – Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua suspek yang ditahan kerana disyaki ada kaitan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) baru-baru ini segera dihadapkan ke mahkamah untuk diadili mengikut proses undang-undang yang sepatutnya.

“Kita semua berharap berdoa, saya harap beberapa daripada mereka boleh dilepaskan sebelum Deepavali.

Tetapi saya bimbang kalau-kalau pandangan kita ini mempertikai tindakan polis, saya fikir tidak wajar kerana kita faham pihak polis itu dalam menjalankan tugas mereka mesti diberi sokongan untuk mengawal jenayah dan kegiatan yang dianggap anasir yang boleh mencetuskann huru-hara cuma segerakan tindakan, segerakan untuk hadapkan mereka di mahkamah,” katanya semasa berucap sebagai jemputan di Karnival Deepavali di tapak parking Stadium Nasional.