Ridhuan Tee Abdullah
Mohd. Ridhuan Tee Abdullah.

KENYATAAN PENUH DR. RIDHUAN TEE ABDULLAH

MULANYA saya tidak mahu menulis artikel ini, tetapi kelewatan mengumumkan calon BN, berbanding PH, menjadikan saya teruja untuk menulis.

Semenjak kematian Allahyarham ahli parlimen Tanjung Piai, tidak semena-mena nama saya menjadi viral, bakal calon BN menentang calon PH, yang akan menggantikan Allahyarham. Malah sehingga artikel ini ditulis, nama saya terus menjadi viral dalam media sosial. Saya hanya tersenyum.

Tanpa henti saya menerima panggilan bertubi-tubi, bertanyakan perkara yang sama, adakah saya akan bertanding menentang calon PH. Saya hanya ketawa seorang diri. Tidak pernah fikir ke arah itu. Saya pun pelik, kenapa nama saya diviralkan. Siapa yang melakukan, hanya Allah yang tahu.

Dalam kepala saya, terus dengan rutin harian sebagai ahli akademik, akan terus menulis, mempertahankan kebenaran dan menolak kebatilan, meskipun berhadapan dengan risiko.

Tidak dinafikan, saya sendiri berlatar belakangkan Sains Politik, bermula daripada Ijazah Sarjana Muda mengkhususkan dalam bidang Sains Politik, diikuti Diploma Pengajian Islam (pasca siswazah), seterusnya Ijazah Sarjana dalam Pengajian Strategi dan Keselamatan. Akhirnya, menamatkan PhD dalam bidang politik dan kerajaan.

Kepakaran saya dalam politik lebih kepada budaya politik, sosialisasi politik, politik silang budaya (ethnography), ditambah dengan sedikit ilmu pengajian pertahanan dan keselamatan. Sebab itulah saya tidak pernah putus mengulas isu politik semasa, kerana saya bukanlah ‘ustaz’ seperti yang selalu dipanggil ke mana saya pergi. Terlalu kerdil rasanya membicarakan hal ini. Sesungguhnya ilmu yang ada pada kita hanya setitik daripada luasnya lautan.

Selepas kematian Allahyarham, memang dalam satu majlis konvensyen saya membentangkan kerja kertas, dihadiri Presiden UMNO, ada menyebut nama saya tersenarai sebagai calon parlimen Tanjung Piai, tetapi tidak semestinya terpilih. Saya buat tidak tahu sahaja, kerana minat saya bukan ke arah itu.

Selepas kematian Allahyarham, artikel demi artikel telah saya lontarkan bahawa, MCA tidak boleh sekali dicalonkan, mestipun kononnya didakwa kerusi tradisi mereka. Tidak timbul soal kerusi tradisi MCA di kawasan majoriti Melayu. Kerusi MCA adalah di kawasan majoriti Cina, bukan kawasan majoriti Melayu.

Saya harap kelewatan Presiden UMNO mengumumkan calonnya, bukan kerana diugut atau didesak oleh MCA. MCA tidak boleh sama sekali diberikan kerusi Parlimen Tanjung Piai, kecuali saya difahamkan MCA sedang mencari ahlinya yang beragama Islam. Baguslah jika ada.

Namun, jika BN terus tidak mahu menerima nasihat menurunkan calon MCA yang ultra kiasu, menang belum pasti, kalah sudah tentu.

Cuma, katakan jika ditakdirkan MCA menang disebabkan oleh kebencian rakyat terhadap politik PH masa kini, maka sudah pasti MCA akan mencanangkan ‘kekuatan’ mereka dan terus mahukan kerusi tradisi di kawasan majoriti Melayu yang mereka kalah sebelum ini. Melayu sekali lagi rugi.

Jika ini berlaku, bermakna, BN akan terus memberikan kerusi kepada MCA pada PRU 15 akan datang. Katakan jika MCA terus menangPRU15 kawasan majoriti Melayu, kerusi MCA tetap kerusi ultra kiasu. Calon mereka tetap calon ultra kiasu. Calon ini tidak akan memperjuangkan sama nasib Melayu dan Islam. Tetapi tetap dengan semangat kecinaan dan terus Cina. Malah, kadangkala lebih Cina daripada DAP itu sendiri.

Jika ditakdirkan MCA menurunkan calon Cina yang beragama Islam, pun perlu diteliti. Adakah pengIslamannya, sekadar ingin berkahwin dengan orang Melayu atau pada masa sama ilmu Islamnya turut meningkat setelah perkahwinan berlaku. Dalam maksud, calon Muslim MCA, perlulah kuat akidahnya. Meletakkan kepentingan Islam melebihi kepentingan bangsa. Jangan berlaku sebalik, meletakkan kepentingan Cina mengatasi kepentingan Islam.

Kita tidak mahu nanti, walaupun calon MCA menurunkan calon Cina Muslim, tetapi setelah menang, tetap dengan kecinaan yang bersifat ultra seperti perjuangan MCA.

Saya dahulunya adalah ahli seumur hidup MCA. Saya menyertai MCA atas dasar dakwah, untuk menjadi jambatan dalam menyampaikan Islam. Tetapi MCA tidak melihat keberuntungan Cina Muslim dalam partinya. MCA menganggap Cina Muslim ini sebagai ancaman kepadanya.

Kemuncaknya, apabila MCA terang-terang menentang agenda Islam seperti RUU355, saya mengambi keputusan keluar daripada parti chauvinis ini. Saya harap pimpinan UMNO faham apa yang saya cuba sampaikan demi kepentingan agama, bangsa dan negara.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

PRK Tanjung Piai: Inikah calon PH, BN?

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. Terbaik Dr.

    #PRK Tanjung Piai

    Jikalau MCA berkeras itu bermakna sengaja mahu bangsa DAP PH menang..

    Itu adalah majoriti kawasan melayu, sgt relevan PAS atau UMNO sbgai calon.

    PAS UMNO mesti tegas jika mahukan Perpaduan Ummah berjalan lancar.

    Keikhlasan MCA akan diuji dalam Muafakat Naional ini. Disini akan membuktikan adakah Cina MCA adalah bangsa DAP juga?

    Penyertaan dalam Muafakat Nasional hanyalah kontigensi plan mereka sekiranya Perpaduan Ummah dapat membentuk kerajaan, Ini bagi mengelak ketiadaan wakil cina bersuara dalam kjaan.

    WA.

    #HukumPembunuhAdib

  2. Harap-harap zahid ada baca ini article sbb kalau aku yg tulis article sebegini sah-sah zahid takkan baca walau zahid tu sedara aku 🙂

  3. Kalau Muafakat Nasional terus meletakkan MCA sebagai calon, lebih baik orang Melayu undi calon Bersatu yang sudah tentu mengucap dua kalimah syahadah.

    Muafakat Nasional jangan ada rasa guilty dan terlalu hendak accommodate rakan kompinen. Biar calon Muafakat Nasional bertanding di tempat majoriti kaum masing-masing. Kalau Melayu, bertanding di kawasani majoriti Melayu. Jangan mengada-ngada nak bertanding di kawasan majoriti kaum China atau India. Tetapi,kaum India tiada tempat yang ianya menjadi majoriti. Dalam kes ini, kaum India boleh diberi jawatan senator. Ini bukan rasis tetapi lebih kepada memastikan perwakilan suara. Kita tidak mahu suara dan tindak-tanduk ahli parlimen bertentangan dengan mandat pengundi di kawasan yang diwakilinya.

  4. MENANG ATAU KALAH ADA LAH KETENTUAN PENGUNDI2.KETENTUAN SEBENAR ADA PADA YANG MAHA BERKUASA (ALLAH) TUNGGU DAN LIHAT SAPA YANG AKAN MENANG PRK TU!!!!!!

    • Betul tu kuasa Allah SWT. Tetapi Allah memberikan akal dan fikiran daya dan usha. Cuba anda duduk saja di rumah menunggu rezeki datang bergolek tanpa usha agak2 lah dapat tak Nan.

Comments are closed.