Kanak-kanak bermain basikal di luar halaman rumah berlatarkan Menara Berkembar Petronas ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Bharu, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 24 SEPTEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Pemilik boleh diusir keluar dari tempat asal mereka sekiranya kerajaan menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk mendapatkan tanah Kampung Baru secara paksa.

Kerajaan yang menunjukkan minat begitu tinggi terhadap kawasan itu, tidak mustahil akan menggunakan akta berkenaan sebagai langkah terakhir untuk mendapatkannya.

Menurut Ketua Penyelaras PUTRA Wilayah Persekutuan, Mohamed Harmy Yusoff, kesan daripada pengambilan secara paksa itu akan menghancurkan pegangan kelompok hartanah persendirian terakhir orang Melayu di pusat bandaraya Kuala Lumpur.

“Alangkah malangnya nasib orang Melayu Kampung Baru, mereka diketepikan serta disingkir di tanah air sendiri.

“PUTRA hairan dengan obsesi kerajaan terhadap tanah Kampung Baru. Apa agaknya yang telah dijanjikan oleh pemaju sebagai habuan untuk mendapatkan tanah itu.

“Sedangkan, terdapat banyak pembangunan rumah mampu milik seperti projek 1PR1MA, SPNB, PP1AM, rumah MAWIP yang dibatalkan oleh kerajaan PH, tetapi tanah Kampung Baru juga yang dikejar mereka untuk membina perumahan dan pusat komersial berprestasi tinggi,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Mohamed Harmy Yusoff

Mohamed Harmy yang juga Timbalan Pengerusi Biro Undang-Undang PUTRA berkata, mampukah pemilik asal tanah Kampung Baru membeli dan memiliki hartanah itu kelak, memandangkan kedudukannya yang strategik adakah akan menjamin perumahan ditawarkan dalam harga mampu beli?

Katanya, walaupun kerajaan menawarkan diskaun 15 peratus kepada pemilik asal tanah yang ingin membeli hartanah di situ, adakah dengan diskaun tersebut harga masih dalam kemampuan?

Kata beliau, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengandaikan Kampung Baru sebagai kudis di tengah kemodenan Kuala Lumpur.

“Dengan itu menjadi kewajipan membuang kudis tersebut dan beliau memang juara dalam menghina bangsa Melayu,” katanya yang menyifatkan kenyataan sedemikian tidak wajar datang dari seorang negarawan.

Kata beliau, Dr. Mahathir juga menyatakan ramai orang Melayu tamak dan bersedia menjual aset mereka semata-mata untuk meraih keuntungan cepat, tetapi dalam kes Kampung Baru andaian sedemikian adalah salah.

Apa yang berlaku, kerajaan PH yang memaksa orang Melayu menjual aset dengan cepat dan murah, sedangkan penjualan itu akan menguntungkan kerajaan serta kroni mereka dengan meraih keuntungan yang besar.

Beliau menjelaskan, dalam kegawatan ekonomi terkini, jumlah unit rumah tidak terjual semakin meningkat setiap tahun, terutama berlaku kepada penjualan hartanah bernilai tinggi di kawasan bandar.

Malah dalam Belanjawan 2020, kerajaan telah menurunkan nilai ambang untuk penjualan kondominium dan pangsapuri di kawasan bandar kepada pembeli asing dari RM1 juta kepada RM600,000.

Ini menunjukkan projek hartanah yang dibina tidak bertepatan dengan golongan sasar dan kehendak pasaran. Inikan pula dengan pembinaan pusat komersial dan perumahan berprestasi tinggi yang dicadangkan di Kampung Baru.

“Ini cuma akan menguntungkan warga asing dan golongan kapitalis bagaikan harimau kelaparan yang sedang menghendap mangsa. Orang-orang Melayu Kampung Barulah yang akan menjadi mangsa kerakusan mereka.

“Justeru, PUTRA masih dengan pendirian membantah pengambilan tanah Kampung Baru. Kita menyeru semua rakyat dan bangsa Melayu Islam mendoakan kesejahteraan pemilik dan penduduk Kampung Baru.

“Kita doakan supaya dilaknati Allah orang-orang yang menjadi tali barut kapitalis yang cuba menghancurkan benteng hartanah terakhir bangsa Melayu di pusat Bandaraya Kuala Lumpur,” katanya yang juga seorang peguam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Engkau ini merupakan bangsa yng suka melihat bangsanya dlm keadaan miskin melarat di tengah pembangunan pesat di persekitaran nya dan segelintir penduduk yang senang dan kaya raya sangup melihat jiran tetangga nya dalam keadaan susah merana di atas tanah sendiri dan menjadikan mereka sebagai taruhan agar mereka selamat daripada pembangunan yang dirancang dan yang miskan juga tak sadar diri konon mempertahankan warisan pusaka
    tapi hidup merana dan akan mengharap belas siapa juga yang memerintah asalkan bahagia dan kekal dan terus kekal hingga jenerasi berikutnya dan umpama katak yang duduk di dalam mankok kaca hanya dapat melihat tapi tak dapat kenikmatan dan kesenangan yang berlaku di sekeliling nya dan bangga untuk mengkakal nama lorong dan jalan umpama nya jalan Daud dan sebagaina, berubahlah dan bertekat demi maruah dan kedudukan orang melayu yang dikatakan tuan kepada tanah airnya sendiri.

  2. Betul tu…knp mamat kat atas tu banggang sgt….sgl nya nk d jual…yg akn khilangan tanah org melayu…yg sepet dn warga asing jg nk d belanya ..spttnya kau bela org melayu.. ini anjing²dn babi jg yg d utamakn…menteri wilayah tu dh tentu lah jelmaan dap…dn kau pun nk jd mcm khalid tu ke…?bodoh xbtempat..banggang jg mjd keutamaan..aku bkn pduduk kpg baru..ttp ibu sdara dn sadara mara aku ramai d sana…ada yg nk jual ttp ramai pnama dlm gran xnk jual…lbh²lg kpd kerajaan yg d terajui party komunis malaya ia itu lah dapigs..

  3. Klu nk bangun kan tanh kg .baru . Buat berperingkat . Buat yg murah .tapi cantik dan kemas .tersusun. rumah .dijual hsnye untuk org melayu shj. .klu bust yg mahal org melayu x mampu bli .dah terlepas ke bangsa asing .

Comments are closed.