Gambar hiasan

ISTANBUL – Turki menahan 20 warga asing yang disyaki ada kaitan dengan IS.

Penahanan itu dibuat selepas Presiden Donald Trump mengumumkan pemimpis IS, Abu Bakr al-Baghdadi terbunuh dalam satu operasi oleh tentera khas Amerika Syarikat di Barat Laut Syria, dekat dengan sempadan Turki.

Operasi menentang individu yang disyaki dengan IS adalah biasa di Turki.

Bagaimanapun tidak diketahui sama ada penahanan itu ada kaitan dengan kematian Abu Bakr.

Mereka yang ditahan itu didapati memasuki Turki secara haram.

Mereka ditahan di Ankara dan diserahkan kepada pihak imigresen untuk penghantaran selepas proses diselesaikan oleh pihak berkuasa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast