TERKINI : Bila Jadi PM ke 8 “Saya Janji Tak Akan Salah Guna Kuasa” – Anwar Ibrahim

SHAH ALAM – Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menggunakan kuasa sewenang-wenangnya sekiranya beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.

Malah, ujar Presiden PKR Itu, setiap dasar akan melalui proses perbincangan, rundingan dan mendapatkan pandangan dari pelbagai golongan profesional, sebelum dilaksanakan di bawah pentadbirannya.

“Saya tidak akan menggunakan kuasa itu.. saya akan panggil semua pihak duduk berbincang dan dapatkan keputusan secara bersama,” katanya dalam sesi soal jawab dalam program AZKA Talk, ‘Peranan Zakat Dalam Menangani Kesenjangan Ekonomi’, di sebuah resort di sini, hari ini.