Datuk Seri Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR – Pengampunan adalah wewenang Yang di-Pertuan Agong sebagaimana diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan Wanita Keadilan menghormati keputusan tersebut dan menjunjung institusi Raja Berperlembagaan.

Ketuanya, Datuk Seri Fadhlina Sidek bagaimanapun berkata, jangan kerana perbezaan politik, kita mengaburkan kedudukan Perlembagaan atau menggambarkan keputusan ini seolah-olah keputusan Perdana Menteri atau Pakatan Harapan.

“Kerajaan tetap mempunyai tanggungjawab untuk memberikan penjelasan kepada rakyat. Dalam hal ini, pendirian kita jelas. Menghormati keputusan ini tidak bermakna pendirian kita terhadap rasuah dan salah guna kuasa berubah,” katanya yang juga Menteri Pendidikan dalam kenyataan hari ini.

Menurut Fadhlina, Keadilan lahir dengan keberanian melawan salah guna kuasa dan prinsip itu menuntut mereka memastikan undang-undang terus berjalan tanpa mengira pangkat atau pengaruh seseorang.

Terdahulu, beliau berkata, keputusan berkaitan pengampunan bersyarat Najib sudah tentu mengundang pelbagai reaksi.

Ada yang menerima, ada yang kecewa dan ada yang marah. Kita tidak harus berpura-pura bahawa perasaan itu tidak wujud. Rakyat berhak bersuara dan mendapatkan penjelasan.
Pada masa yang sama, kita mesti jujur dengan fakta,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here