Boris Johnson. foto Agensi

LONDON – United Kingdom akan mengundi pada 12 Disember ini selepas ahli-ahli Parlimen menyokong cadangan Perdana Menteri, Boris Johnson untuk mengadakan pilihan raya sebelum tarikh akhir Brexit.

Dengan margin sebanyak 438 undi, Dewan Rakyat meluluskannya buat kali pertama sejak tahun 1923.

Bagaimanapun, rang undang-undang itu masih perlu diluluskan oleh Dewan Pertuanan tetapi boleh dijadikan undang-undang menjelang akhir minggu ini.

Jika ia berlaku, akan ada kempen selama lima minggu sehingga hari pengundian.

Perdana Menteri telah mengatakan bahawa orang ramai harus “diberi pilihan” untuk masa depan Brexit dan negara.

Malah, Johnson berharap pilihan raya itu akan memberinya mandat bagi melaksanakan Perjanjian Brexit dan memecahkan kebuntuan Parlimen, yang mana ia akan membawa keluar United Kingdom daripada Kesatuan Eropah yang ditangguhkan hingga 31 Januari.

Katanya, ini adalah masa bagi negara untuk bersama-sama untuk memastikan Brexit dilaksanakan. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.