KUALA LUMPUR – Keputusan Basiran Nasional (BN) meletakan calon kitar semula pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai tidak lihat canggung oleh Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Mengulas mengenai dakwaan itu, Annuar berkata tidak wajar untuk membangkitkan isu itu kerana Pakatan Harapan (PH) pun bertindak sama dengan mengetengahkan calon kitar semula sebagai perdana menteri.

“Tidak apa. Kita ada perdana menteri yang kitar banyak kali. Jadi itu tidak ada masalah.

“Jika perdana menteri pun kita boleh kitar semula, apa salahnya calon.

“Ia bagus untuk kitar semula calon yang ada PHD pada umur 55 tahun dengan rekod yang cukup cemerlang dan anak tempatan,” katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.

Untuk rekod, kedua-dua calon BN dan PH merupakan calon muka baru yang dikitar semula untuk merebut kerusi itu pada 16 November depan.

Calon PH, Karmaine Sardini yang merupakan Ketua Bahagian Bersatu Tanjung Piai Bersatu pernah bertanding di kerusi Parlimen Pontian pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) menentang Datuk Seri Ahmad Maslan.

Karmaine tewas di tangan Ahmad Maslan dengan majoriti tipis dengan memperoleh 21,232 undi, manakala Karmaine meriah 20,299.

Sementara calon BN, Datuk Seri Wee Jeck Seng adalah bekas Ahli Parlimen Tanjung Piai.

PRK Tanjung Piai diadakan berikutan kematian Md Farid yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, pada 21 September lalu, akibat mengalami komplikasi jantung. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Org melayu tg Piai kena hantar isyarat jelas pada zahid dan pimpinan atasan umno yg org melayu dah muak dgn bangsa talam dua muka ni… Hari tu sibuk-sibuk nak bubar BN geram tul…

    Zahid kena letak jawatan… Bagi pada Tok mat la…

    Undi KERAjaan PeeH utk anta isyarat pada zahid ye…

  2. Susah mau puaskan hati semua ahli Dan rakyat.
    Jika letak calon Melayu, LGE akan bersorak besar bila dakwaan dia umno pas tu racist menjadi nyata.
    Jika letak calon MCA pula ramai warlord yang terguris.
    Susah susah susah

Comments are closed.