JERMAN – Sebuah majlis pengebumian bertukar menjadi kelam-kabut apabila tetamu tiba-tiba menjadi khayal selepas memakan kek yang dihidangkan, lapor BBC.

Menurut laporan media tempatan, seramai 13 tetamu mengalami simptom pening dan loya selepas menikmati hidangan yang dikatakan mengandungi ganja.

Polis kini sedang menyiasat anak perempuan pemilik restoran yang menghidangkan makanan itu.

Difahamkan, insiden itu berlaku pada Ogos lalu namun baru sahaja dilaporkan kelmarin dan memaksa polis membuka siasatan.

Ini kerana ia mahu tidak diperbesarkan ketika itu bagi menghormati kesedihan keluarga si mati. – MalaysiaGazette