Gelagat penyokong JDT ketika memberi sokongan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 di antara Kedah menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 02 NOVEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Kerajaan Johor memberikan cuti khas peristiwa esok di negeri itu bagi kejayaan pasukan bola sepaknya memenangi Piala Malaysia 2019.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani berkata, pemberian cuti itu sebagai tanda merai dan memberi penghargaan kepada semua penyokong.

“Menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim dengan ini Kerajaan Negeri Johor memutuskan untuk mengisytiharkan hari Ahad, 3 November 2019, sebagai hari Cuti Khas Peristiwa bagi seluruh rakyat Negeri Johor sempena kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala Malaysia 2019,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Keputusan, katana, selaras dengan peruntukan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast