Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan bersalaman dengan sebahagian penduduk semasa mengadakan sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di Kampung Melayu Raya, Pekan Nenas, Johor. foto AFFAN FAUZI, 06 NOVEMBER 2019

PEKAN NANAS – Pakatan Harapan (PH) didakwa mengerahkan guru-guru untuk menghadiri ceramah parti itu sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan mendakwa menerima aduan daripada beberapa orang guru yang menyatakan  mereka menerima arahan daripada pihak tertentu supaya hadir pada ceramah calon dan juga pemimpin PH.

Katanya, guru-guru yang dipaksa hadir bukan sahaja dari Parlimen Tanjung Piai malah turut melibatkan guru yang mengajar di kawasan parlimennya di Pontian.

“Mereka sebenarnya tidak ada pengikut. Mereka tidak ada penyokong tegar, tidak macam UMNO dan Pas yang ada penyokong ramai.

“Kalau ada pun mungkin ketua dan sedikit pengikut (PH), itu yang terpaksa diangkut cikgu-cikgu.

“Saya tahu arahan-arahan diberikan kepada cikgu termasuk di Parlimen Pontian untuk meramaikan majlis,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai jumlah kehadiran yang suram pada setiap ceramah yang diadakan PH pada PRK berkenaan berbanding kehadiran ramai penyokong BN dalam ceramah-ceramah yang diadakan.

Ahmad ditemui pemberita selepas menghadiri prograj bacaan yasin dan tahlil di rumah salah seorang pendudk di Kampung Melayu Raya di sini hari ini.

Ahmad berkata, berdasarkan maklumat yang diterima sekurang-kurangnya tiga orang guru dari setiap sekolah dipaksa datang ke ceramah yang diadakan pada setiap malam sepanjang kempen berkenaan berlangsung bagi menunjukkan kehadiaran ramai.

Dalam pada itu, Ahmad menyeru supaya pengundi-pengundi di kawasan Parlimen Tanjung Piai yang merantau dan mahu “bertaubat politik” supaya pulang untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada 16 November ini.

“Perkara ini telah ditunjukkan oleh anak-anak muda di Cameron Higlands, di PRK Semenyih dan PRK Rantau apabila mereka akhirnya bertaubat politik dan membuat pilihan mahu kepada BN.

“Saya harap ia akan sama juga di Tanjung Piai dan saya pasti untuk calon BN, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng untuk menang akan tercapai,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast