Datuk Seri Najib Tun Razak. foto AFFAN FAUZI, 23 OKTOBER 2019.

KUALA LUMPUR – Polis menghentikan penugasan pengiring trafik bermotosikal yang disediakan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkuatkuasa 5 November lalu.

Arahan tersebut dimaklumkan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman dalam surat bertarikh 4 November 2019 kepada Pegawai Khas Najib, Mohd Shahrir Mohd Aripin.

“Dimaklumkan bahawa penugasan outrider tetap (pengring trafik bermotosikal) YB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Mantan Perdana Menteri ke-6 ditarik balik berkuatkuasa 5 November itu,”.

Bagaimanapun surat itu tidak menyatakan sebarang alasan perkhidmat tersebut ditamatkan. – MalaysiaGazette