TERKINI : Ketua Hakim Syarie Kelantan Terima “Anugerah Perdana Maulidur Rasul”

KUALA LUMPUR – Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Mohamad dipilih sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1441H/2019M.

Pakar Perundangan Syariah itu menerima hadiah wang tunai RM50,000, trofi dan sijil penghargaan.

Anugerah disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Majlis sambutan Maulidur Rasul 1441 Hijrah/2019 Peringkat Kebangsaan di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini hari ini.