Anwar Ibrahim.- Foto AIZAT ZAINAL, 29 JUN 2024.

GEORGE TOWN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Perpaduan akan mengadakan perbincangan tentang calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

“Itu (soal calon PRK DUN Nenggiri) mereka (Kerajaan Perpaduan) akan bincang dulu,” katanya ketika diminta mengulas  mengenai PRK DUN Nenggiri selepas merasmikan Menara Hasil Pulau Pinang, di sini hari ini.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada 17 Ogos depan.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, berkata tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 3 dan 13 Ogos depan.

Media turut melaporkan Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan mulai 19 Jun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast