KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP Kebangsaan, Ronnie Liu yang sebelum ini dikatakan akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin DAP kini  ‘terlepas’ dari apa-apa tindakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek Pelek itu sebelum ini didakwa telah menimbukan rasa tidak senang dalam kalangan pimpinan Pakatan Harapan (PH) kerana mempersoalkan kesepakatan gabungan parti itu yang kini membentuk kerajaan Persekutuan. 

Malah sebelum ini, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke dahulu pernah menegaskan kenyataan Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan itu amat tidak wajar dan tidak bertanggungjawab malah tidak mencerminkan pendirian parti. 

Malah ianya dianggap sebagai satu tindakan ‘sabotaj’ dan tidak wajar katanya.

Namun hari ini, Jawatankuasa Disiplin DAP sebulat hati ‘menerima’ penjelasan Ronnie berhubung kenyataan yang dikatakan ‘tindakan sabotaj yang serius’ terhadap perpaduan PH.

Pengerusinya, Chong Chien Jen dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya telah menerima penerangan panjang lebar oleh Ronnie berhubung artikel ‘Mahathir: The Paper Tiger’ pada 22 Oktober lepas.

Ronnie telah menjawab surat tunjuk sebab yang telah diberikan kepadanya pada 29 Oktober lepas.

“Kita telah teliti penjelasan beliau sebelum jawatankuasa displin menerima penjelasan tersebut,” katanya.

Bagaimanapun, Chien Jen juga telah menasihati semua ahli parti untuk lebih berhati-hati ketika mengeluarkan sebarang kenyataan selain menahan diri daripada mengkritik komponen PH pada masa hadapan.

Kata beliau, adalah lebih baik menggunakan saluran dalaman untuk menyelesaikan apa-apa krisis selepas ini.

Ronnie sebelum dalam satu artikelnya mengkritik Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata seandainya beliau cuba memecahkan PH, mungkin baik untuk DAP, PKR, Amanah, Warisan dan Upko bergabung selain membentuk kerajaan baru tanpa Bersatu.. –MalaysiaGazette

DAP rujuk Ronnie ke jawatankuasa disiplin parti – Anthony

2 Komen

  1. Kalau ahli bn buat hal dah pasti akn didakwa.
    Ini la dap.mereka berkuasa.mereka blh buat apa sje yg dia mahu..

Comments are closed.