TERKINI : NAJIB Berani Itu ‘BOSSMU’ Bukan ‘BOSSKU’ – Azmin Ali

KUALA LUMPUR – Kenyataan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seorang yang berani kerana memilih untuk membela diri menerusi keterangan bersumpah ekoran kes pertuduhan membabitkan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd (SRC) hanyalah pandangan bekas pekerja kepada bekas majikannya.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kenyataan Hishammuddin itu hanyalah pandangan peribadi beliau berhubung kes Najib.

“Itu pandangan ahli kepada bekas Presiden dia. Biarlah itu bukan Presiden saya.

“Itu bossmu bukan bossku,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.