Setiausaha Agung Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB), Dr. Bello Lawal Danbatta berucap pada Sidang Kemuncak Ke-14 Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB) 2019 di Pusat Konvensyen Jakarta, Indonesia. foto SYAFIQ AMBAK, 13 NOVEMBER 2019

JAKARTA – Pengawas selia dan para peserta pasaran kewangan diminta menjadikan Sidang Kemuncak Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB) Kali Ke-14 yang sedang berlangsung sebagai platform untuk berkongsi idea dalam pembangunan teknologi digital.

Setiausaha Agung IFSB, Dr. Bello Lawal Danbatta berkata, ledakan teknologi digital bukan satu gangguan tetapi ia adalah kelebihan yang bakal memacu pertumbuhan kemampanan kewangan Islam.

“Oleh sebab itu, kewangan Islam memerlukan pembangunan yang mampan dalam pengawasan selia,” katanya ketika menyampaikan ucapan aluan sempena pembukaan Sidang Kemuncak IFSB Kali Ke-14 di Pusat Konvensyen Jakarta.

Sidang kemuncak yang berlangsung sehingga esok membawa tema Kewangan Islam Bagi Pembangunan Mampan Pada Era Inovasi Teknologi.

Inovasi menjadi tumpuan IFSB tahun ini untuk mewujudkan daya saing industri kewangan Islam dalam era digital, sambil mengenal pasti pengawalseliaan dan kebimbangan dalam penyeliaannya.

Tambah beliau, inovasi teknologi penting kerana ia berupaya menyediakan idea-idea penting bagi mengekalkan kemampanan kewangan dalam agenda komuniti termasuk mendepani isu-isu perubahan iklim.

Untuk itu, katanya, peranan IFSB untuk memastikan standard dan prinsip inovasi teknologi dalam kewangan Islam setara dengan sistem konvensional bagi menyokong rangka kerja sedia ada. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast