LONDON – Neil Warnock akhirnya melepaskan jawatan pengurus selepas persetujuan bersama dengan Cardiff City.
Dia kini berada pada tahun akhir kontraknya di Stadium Cardiff City.
Warnock sebelum ini sudah memberi bayangan untuk meninggalkan kelab musim ini.
Bagaimana pun, keputusan itu dicapai lebih awal selepas tewas kepada Bristol City pada Ahad lalu yang menyaksikan Bluebirds kini berada di kedudukan ke-14 liga.
Menerusi kenyataannya di laman web rasmi kelab, Warnock berkata, dia meninggalkan Bluebirds selepas tiga tahun yang disifatkan salah satu tempoh terbaik dalam karier panjangnya. – MalaysiaGazette