KUALA LUMPUR- Sejumlah 9,000 daripada 17,000 Permit Kenderaaan e-hailing (eVP) yang mengandungi kesilapan maklumat pemandu e-hailing telah pun dibetulkan dalam MySikap.

Dengan itu, Pengerusi Persatuan Pemandu E-Hailing Malaysia (Mehda), Daryl Chong menyeru Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya segera membetulkan kesilapan maklumat yang terkandung dalam baki 8,000 eVP yang lain dengan segera.

“Susulan mesyuarat dengan JPJ pada Selasa, kami dimaklumkan 9,000 daripada 17,000 eVP yang mengandungi kesilapan maklumat telah pun dibetulkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Untuk rekod, JPJ mewujudkan satu kod khas baharu bagi kenderaan persendirian e-hailing dengan mengguna pakai ringkasan kod ‘AH’ dalam sistem mySIKAP, yang mana semua kenderaan digunakan bagi perkhidmatan itu dikategorikan sebagai kenderaan persendirian e-hailing. – MalaysiaGazette