A400M
Pesawat A400M

BERLIN – Tentera udara Jerman memutuskan tidak menerima penghantaran dua buah pesawat Airbus, A400M dengan menyatakan terdapat masalah teknikal pada pesawat pengangkut itu.

Tentera udara itu berkata, pesawat A400M yang telah menyertai hampir 1,700 misi dan merupakan tulang belakang pengangkutan udaranya digunakan untuk membawa anggota tentera dan barangan, mengisi minyak di udara, membawa pulang anggota tentera yang memerlukan rawatan dan melakukan misi kemanusiaan.

Ia berkata, sebanyak 31 daripada 53 tempahan telah diterima. Bagaimanapun tentera udara Jerman memberitahu, terdapat isu teknikal seperti masalah skru di kipas, yang mana masa yang lebih lama diperlukan untuk pemeriksaan yang boleh membawa kesan negatif kepada angkatan pesawat A400M, lapor Reuters.

Tentera udara itu menambah, pemeriksaan tambahan juga diperlukan untuk menguji pemasangan enjin, pengesanan retakan pada pelbagai bahagian, ruang pembakaran dan bahagian sayap pada enjin namun dengan pemeriksaan itu, pesawat A400M masih tidak dapat melakukan semua tugasnya.

“Keseluruhan kecacatan teknikal dua pesawat yang akan dihantar juga tidak mempunyai ciri-ciri itu yang dijamin dalam kontrak telah menyebabkan tentera udara tidak mengambil pesawat ini,” katanya dalam kenyataan.

Pesawat A400M dilancarkan pada 2003 bagi membolehkan Eropah mempunyai keupayaan melakukan misi ketenteraan atau kemanusiaan daripada bergantung kepada pesawat Lockheed Martin C-130 atau kini Boeing C-17.

Belgium, Britain, Perancis, Jerman, Luxembourg, Sepanyol dan Turki menyelamatkan program A400M daripada dibatalkan pada 2010 dengan kos €3.5 bilion – Agensi

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.