minyak

TOKYO – Harga minyak meningkat pada Jumaat selepas OPEC mengeluarkan unjuran permintaan tahun depan dengan harapan kumpulan pengeluar minyak dunia itu bersama sekutu-sekutunya akan mengekalkan pemotongan bekalan apabila mereka bertemu untuk berbincang mengenai dasar output bulan depan.

Optimis dengan kemungkinan AS dan China akan memeterai perjanjian bagi mengakhiri perang perdagangan mereka tidak lama lagi membantu memberi sokongan kepada harga minyak selepas penasihat ekonomi White House, Larry Kudlow berkata, rundingan itu hampir tamat, lapor Reuters.

Minyak mentah hadapan Brent naik 19 sen atau 0.3 peratus pada AS$62.47 setong pada 0759 GMT.

Minyak mentah West Texas Intermediate meningkat 21 sen atau 0.4 peratus pada AS$56.98 setong selepas jatuh 0.6 peratus pada sesi sebelumnya. – MalaysiaGazette