Selepas 14 hari berkempen, kini tempoh berkempen makin menghampiri penghujungnya dengan hanya berbaki 7 jam lagi sebelum kempen dan segala ceramah akan dihentikan 11.59 malam ini.

Esok Hari Mengundi melibatkan 27 Pusat Daerah Mengundi di Parlimen Tanjung Piai dan 52471 orang pengundi bakal menentukan wakil rakyat baharu mereka menerusi kertas undi.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya keputusan boleh dijangkakan seawal 10 malam esok di Pusat Penjumlahan Undi Rasmi Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim.

Seramai 1019 petugas dan kakitangan SPR terlibat tugas bagi melicinkan proses mengundi manakala 1341 pegawai dan anggota polis akan mengawal keselamatan sepanjang hari.